04 Okt 2009

Pemandangan kolam Black pada 04 Okt 2009. Rumput dah 'clear'. Kolam 1 dah siap 'modified' untuk simpan induk keli dan anak keli. Ada lebih kurang 12000 ekor anak keli bersaiz 5"-8" yang diletak bersebelahan dengan kolam induk. Tujuannya untuk stok induk pada masa akan datang.




'Partition' induk keli berdekatan dengan bangunan stor. Ada 122 ekor keli 'Superfast Growth' a.k.a 'Argon' yang disimpan dalam 'partition' ini. Berat purata lebih kurang sekilogram seekor.

Info RH Agrotech

TERIMAKASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA KE BLOG KAMI.


RH Agrotech beroperasi di No. 6, Kg Kuala Talang, 71500 Tg Ipoh, Negeri Sembilan. Bermula pada May-2009 dan fokus utama projek ialah penternakan dan pembenihan ikan keli. Mempunyai 8 buah kolam tanah dengan keluasan 2110 meter persegi dan 6 kolam pembenihan dengan keluasan 33.45 meter persegi. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ahmad Ruzaimi Hassan, 019-3153947 atau email kepada: rh_agro@streamyx.com

Keli Salai

Gambar ini dimasukan ke blog sebagai info macam mano nak salai ikan koli secara tradisi. Inilah cara yang digunapakai oleh omak den dulu. Memang sodap...cuma guna kunyit dan garam jo. Salai pun ado teknik supaya ia tak molokek dan sodap. Gunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar... baranya saja

Tutup dengan daun pisang untuk lobih aroma dan juga untuk mempercepatkan ia masak.
Letak dan susun batang pelepah pisang atas tempat penyalai. Kemudian susun ikan-ikan tersebut macam dalam gambar sebelah. Salai sehingga masak. Paling best masak lomak cili api.. tambah dengan petai tumbuk atau tambah bacang racik atau tambah terung telunjuk. Hai... terbalik periuk ...

11 Jul 2009

Keadaan kolam Black pada 11-07-2009. Hatcheri masih lagi dalam pembinaan. Belum lagi di'plaster'. Sawah padi dah cantik sebab dah dibajak. Air kolam makin hijau.

PPA Perlok

Pemandangan di kolam-kolam ikan di PPA Perlok. Terletak di hujung perkampungan orang asli Perlok, Jerantut Pahang.
Pemandangan kompleks PPA Perlok.
Rumah penginapan peserta. Siap dengan mesin basuh. Cuma TV je yang tiada.
Selain dari sijil akademik, RH Agrotech menambah lagi sijil untuk menjadi pakar pembenihan ikan air tawar. Paling tidak kami nak hasilkan anak-anak benih ikan untuk kegunaan sendiri. Harap hatceri dapat disiapkan sebelum akhir Ogos nanti. Black akan hadir ke kursus Pengurusan Kolam pada 13 hingga 17 Jul 2009 nanti.

Pukat Baru

Aktiviti meng'grading' kolam 2, 3 dan 4. Sebahagian ikan dipindahkan ke kolam 1 dengan tujuan ia akan lebih selesa dan segera membesar. Black and the team sedang sibuk meng'grading'. Memang ada spesis keli yang 'super growth'. Dalam masa 40hari sudah seberat 250-300 gram seekor. Ini akan dijadikan induk keli dan sudah diasingkan untuk pembenihan pada masa akan datang. Spesis ini kami panggil keli Argon... nama samarannya.

Pukat 40' untuk meng'grading' dan menangkap ikan baru siap pada Jumaat, 26-06-2009... Ipoh mali... takde sombong!
Keadaan kolam terkini dengan kolam 5, 6, 7 dan 8 sudah siap dibina. Sistem saliran belum siap sebab terputus bekalan. Kolam pembenihan dah siap disusun. Dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai 2009.

Tuaian Pertama Kali

Semalam 07-06-2009. Kolam 1 dikeringkan dan akan dibina semula untuk menempatkan ibu keli, ibu ketutu dan ibu tilapia merah. Insyaallah.

Ikan dalam kolam 1, berusia lebih kurang 36 hari. 6-7 ekor sekilo. Dapeklah den makan keli salai semalam.


Masing-masing menunjukan 'skill' menangkap ikan.

Selepas 24 hari!


Gambar kolam sehingga 24-05-2009. Pagar keliling dah siap.

Gambar semasa beri ikan makan di kolam-3, 24-05-2009.

LOKASI KAMI

SEMUA DIJEMPUT DATANG ...




HUBUNGI KAMI

UNTUK BERKENALAN, PERTANYAAN DAN URUSAN RASMI :

PRODUK RH

Ikan keli segar, RM4 sekilogram.
Ikan keli segar siap siang dan cuci dengan asam limau, RM5 sekilogram

Effective Microrganism Activated Solution (EMAS), RM4 seliter.

Anak benih keli....tunggu kemunculannya.

Info Jualan


Projek ini telah didaftarkan melalui portal e-servis ke Jabatan Perikanan pada 02 May 2009. Kod ladang ialah N005837 atas nama Projek Ikan Keli Kampung Kuala Talang. Masih menunggu semakan dan pengesahan pihak Jabatan Perikanan.

Ikan Dilepaskan ke Kolam


Alhamdulillah, buat permulaannya sebanyak 10K anak ikan keli bersaiz 3 inci dilepaskan ke kolam nombor 1. Tuan Imam memulakan majlis memasukan ikan ke kolam. Diikuti oleh Timbalan Ketua Kampung dan Datuk Perdana.


Ikan dibawa ke kolam!

Majlis Pelancaran





Majlis pelancaran ini mengingatkan kami kepada Maha Pencipta. Doa dibacakan oleh Imam II Masjid Tuan Tulis Ismail, Kg Kuala Talang. Turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Kampung Kuala Talang, Hj Shaari Pie dan Datuk Perdana, Khalid bin Ujang.

Stor


Masih dalam pembinaan. Di bina oleh tukang berpengalaman, Pok Li dan En Atan. Memang kemas... upahnya pun berpatutan! Saiz, 30'x7'. Dijangka siap sebelum 10 May 2009.

Kolam Dah Siap!


Pembinaan kolam dan sistem aliran air sudah siap! Bopoloh den.. ambik masa lebih kurang 2 bulan juga nak disiapkan.

Inspirasiku


Inilah kolam pertama yang kami bina semasa hayat Allahyarham Hj Daud bin Sehat dan Allahyarhamah Hajjah Niah binti Sehat. Al-Fatihah. Kolam ini sudah dibaik pulih untuk tujuan projek ini.