Keli Salai

Gambar ini dimasukan ke blog sebagai info macam mano nak salai ikan koli secara tradisi. Inilah cara yang digunapakai oleh omak den dulu. Memang sodap...cuma guna kunyit dan garam jo. Salai pun ado teknik supaya ia tak molokek dan sodap. Gunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar... baranya saja

Tutup dengan daun pisang untuk lobih aroma dan juga untuk mempercepatkan ia masak.
Letak dan susun batang pelepah pisang atas tempat penyalai. Kemudian susun ikan-ikan tersebut macam dalam gambar sebelah. Salai sehingga masak. Paling best masak lomak cili api.. tambah dengan petai tumbuk atau tambah bacang racik atau tambah terung telunjuk. Hai... terbalik periuk ...

11 Jul 2009

Keadaan kolam Black pada 11-07-2009. Hatcheri masih lagi dalam pembinaan. Belum lagi di'plaster'. Sawah padi dah cantik sebab dah dibajak. Air kolam makin hijau.

PPA Perlok

Pemandangan di kolam-kolam ikan di PPA Perlok. Terletak di hujung perkampungan orang asli Perlok, Jerantut Pahang.
Pemandangan kompleks PPA Perlok.
Rumah penginapan peserta. Siap dengan mesin basuh. Cuma TV je yang tiada.
Selain dari sijil akademik, RH Agrotech menambah lagi sijil untuk menjadi pakar pembenihan ikan air tawar. Paling tidak kami nak hasilkan anak-anak benih ikan untuk kegunaan sendiri. Harap hatceri dapat disiapkan sebelum akhir Ogos nanti. Black akan hadir ke kursus Pengurusan Kolam pada 13 hingga 17 Jul 2009 nanti.