Pukat Baru

Aktiviti meng'grading' kolam 2, 3 dan 4. Sebahagian ikan dipindahkan ke kolam 1 dengan tujuan ia akan lebih selesa dan segera membesar. Black and the team sedang sibuk meng'grading'. Memang ada spesis keli yang 'super growth'. Dalam masa 40hari sudah seberat 250-300 gram seekor. Ini akan dijadikan induk keli dan sudah diasingkan untuk pembenihan pada masa akan datang. Spesis ini kami panggil keli Argon... nama samarannya.

Pukat 40' untuk meng'grading' dan menangkap ikan baru siap pada Jumaat, 26-06-2009... Ipoh mali... takde sombong!
Keadaan kolam terkini dengan kolam 5, 6, 7 dan 8 sudah siap dibina. Sistem saliran belum siap sebab terputus bekalan. Kolam pembenihan dah siap disusun. Dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai 2009.